Tuesday, January 20, 2009

proud 4 hobby........

nie la footbal club feveret sy........
sy pun x taw napa sy nie x minat ngan game yang lain....
banyak2 game ni jua yg sy pilih,,,,
maybe minat sy kot ngan game nie kan....
tapi x salah jua kan sy minat game nie kan........hehhehe
best gila lah men game nie...itupun klu minat la kan...
tapi penah skali tue lutut sy bengkak taim main bola kat futsal tamparuli.....
kebetulan kmi lawan ngan team lelaki kan yang org bilang ganas main bola....kan x sama ngan cara permainan pompuan gitu.....tapi team kmi jua yg menang la hehehhe
apapun sepa-sepa yg ingin share minat ni ngan sy bleh la share2 arrrr..
AdIoS aMiGoS....................

Monday, January 19, 2009

renungkan.......

Luahan Hati
Lelaki yang dibenarkan berkahwin sorang lagi



Kalaulah semua lelaki berfikir macam ni, Lega hati
isteri2 dlm dunia ni.

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering
mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life
starts at 40.
'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok.
Tersengih- sengih aje lah I at that time.
'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana
nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'

Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.
Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+.
Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun.

Memang lah seronok beb.
Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah.

Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I
tentu asyik teringatkan my first wife.

Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju
I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah
siapkan segala gala nya lah.

Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV,
teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia
dah tahu.
Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...

Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak
ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua.

Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia
lebihlah, sebab dia muda.
Silap haribulan, takut lari lak, kan ...

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau
kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung
kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling
korok pun mesti nak Honda atau Toyota .
Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua.

Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak
malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua,
awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan,
dukung anak kita dicelah motor tu.
Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.

Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam
nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua
tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu
itu ...

Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari ...
hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bolapun tak dapat ...

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan.
Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih
tertekan.
Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia.
Sebab tension bapak kawin baru.

Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak
mereka kahwin lebih dari satu.
Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I
dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (
kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya
dia menguruskan anak-anak)

Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak
dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan
topik-topik terkini dan juga kehidupanmereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi
baby mandi.
haha .... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat.
Mula mula kawin tentu seronok.
Paling lama setahun-dua.

Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan
isteri pertama dulu-dulu.

Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping
beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman
isteri muda buat semua tu.

Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup
pula.
Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria
kita nak kan anak dia.
Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat
mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.

Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan
mata, buat kita dah tak senang duduk.

Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.
Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I
tu ....

Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua
nih silakanlah.

Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak
tambah.
Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak
pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.

Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya
yang di dalam kepala.
Bukannya di dalam seluar dalam je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi
susah senang dari mula.

Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita
juga, cuai dan mengabaikannya) .

Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau
isteri tu tak kejutkan.
Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau
terlepas.

Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang
meninggal.
Ikut sunnah Nabi apa nama tu.

Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan.
Cukuplah.

Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih.

Macam nabi konon. ye ke?
Bab kawin kawin aje nih cam nabi.

Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah.
Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.



Thank you.

Tapi kalau nak
bernikah juga, Iklan Nikah di Thailand pun ada huhuhu


ni pic ku ngan kawan kat PGMTRN...
i luv u all.....
jan lupa kat AQ ya....hehhe

gift.......

Hadiah terbaik....
Kepada kawan...kesetiaan
Kepada musuh...kemaafan
Kepada ketua..khidmat
Kepada yg muda...contoh terbaik
Kepada yg tua...hargai budi mereka dan kesetiaan
Kepada pasangan...ketaatan dan kesetiaan
Kepada manusia...kebebasan

Sunday, January 18, 2009

jangan........











JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”


Jika kamu memancing ikan……

Setelah ikan itu terlekat di mata kail……

Hendaklah kamu mengambil ikan itu……

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……

Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……

Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……

Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……

Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……

dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……

Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……

Kerana apabila ia mulai RETAK….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……

Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya……

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……

Anggaplah dia manusia biasa……

Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN…. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya

Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……

Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……

Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT……

Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN……

Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……

Kamu akan MENYESAL……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN……

Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……

MENYAYANGIMU….MENGASIHIMU….dan MENCINTAIMU….

Mengapa kamu berlengah lagi?

Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN……

Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……

Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…itu lebih BERMAKNA!