Thursday, April 23, 2020

LOK MALUM PULAU GAYA / SABAH TRAVEL HIKER

MONGGILAND WATERFALL KG KELAWAT KOTA BELUD

MOUNT PULAG VIA AKIKI TRAIL



Gunung Pulag merupakan puncak tertinggi di seluruh Luzon dengan 2.922 MASL. Terdapat beberapa laluan yang boleh ditempuh untuk sampai ke puncak Gunung. Pulag. Salah satu laluan paling terkenal ke puncak Gunung. Pulag adalah jejak Akiki yang juga dikenali sebagai "TRAIL PEMBUNUH" kerana laluannya yang curam dan berliku.

Selain jejak Akiki yang dianggap sebagai pendakian tahap 'TEGAR', ia juga merupakan kenaikan di mana anda dapat mengalami keanekaragaman Mt. Pulag di mana anda akan menemui hutan pinus, hutan berlumut, dan padang rumput ketika anda mendaki ke puncaknya. Saksikan matahari terbenam dan matahari terbit dari puncak kerana kem kedua anda hanya beberapa minit dari tempat tertinggi Luzon. Apabila pengembaraan selesai, anda boleh membanggakan pencapaian luar biasa ini untuk mencapai Gunung. Pulag melalui Killer Trail (TRAIL PEMBUNUH).

Pendakian kali ini sedikit mencabar kerana ini adalah pengalaman pertama saya mendaki gunung di luar negara dan jauh dari keluarga tetapi dengan berbekalkan keyakinan dan persedian fizikal dan mental yang telah saya lakukan sebelum mendaki ke sini saya yakin yang saya boleh, dan yeah saya berjaya menghabiskan pendakian ini tanpa sebarang kecederaan.Sepanjang pendakian kami selama 3 hari 2 malam hujan deras turun disertai ribut taufan dan sesekali guide arahkan kami berlari ketika berada di tempat yang sedikit berisikO.
Sekiranya anda mempunyai hasrat mendaki kesini pastikan memilih bulan yang mempunyai cuaca baik kerana sangat berisiko kepada keselamatan anda.



PERINGATAN PENTING:
Dimaklumkan bahawa Sijil Perubatan atau MEDICAL CHECKUP adalah suatu keharusan yang perlu disediakan pendaki sebagai polisi oleh DENR..

 KETIKA GAMBAR INI DIAMBIL KELIHATAN PETIR MENYAMBAR KETIKA ITU

 
STARTING POINT VIA AKIKI TRAIL

RHINOS PEAK








AMBANGEG RANGER STATION (AMBANGEG TRAIL)

TEMAN YANG SAYA RAPAT SEPANJANG PENDAKIAN INI-MS WIN
SENYUMAN SEBELUM BASAH KUYUP

MOSSY FOREST

CAMPING GROUND CAMP 2



Wednesday, October 3, 2018

HIKING LOK MALUM COCSTAC PULAU GAYA

 Do Check my You Tube ;  https://www.youtube.com/watch?v=b70XB8FcVbw

Pulau gaya adalah pulau yang terbesar dalam  senarai Tungku Abdul Rahman National Park,Hiking yang mengambil masa 9km untuk menelusuri hutan dan pantai.Pulau Gaya adalah diambil dai perkataan suku bajau yang menetap di kawasan ini iaitu 'GAYO' yang bermaksud besar. Pulau gaya adalah hutan tropika dan merupakan hutan simpan yang diistiharkan hutan simpan pada tahun 1923.

Trip ini di anjurkan oleh sekolah SMK Pulau Gaya dan Guide kami adalah Guru yang mengajar di sekolah ini.























TAMAN BANJARAN CROCKER STESEN INOBONG PENAMPANG

Taman banjaran crocker Stesen Inobong Penampang.
 (Daerah Penampang) terletak di daerah Penampang dan hanya kira-kira sejam perjalanan dari Kota Kinabalu atau 20 minit dari bandar Dongongon melalui jalan Papar lama dan 20 minit melalui jalan tambunan-penampang . Saya melalui jalan Penampang-tambunan untuk datang ke sini kerana jalan papar lama saya tidak berapa tahu,anda akan nampak papan tanda Kg Pogunon dan kemudian melewati jambatan selepas itu anda ikut sahaja simpang masuk Kg Putaton.Kami parking kereta dekat kuburan dan memulakan perjalan ke Stesen Inobong dengan berjalan kaki .


                              kami parking depan cemetry







 Di sepanjang laluan ke Stesen Inobong banyak flora yang kami jumpai di sepanjang jalan dan homestay untuk yang mahu stay-stay minum teh 🤣🤣🤣 sambil menikmati pemandangan . Dari sini kelihatan  lautan, pulau-pulau dan bandar penampang serta bandar k.k sangat jelas kelihatan.